Sunday 16 August 2015

Pakej 3 Resort Kenyir dari RM 500/Seorang

Anda ingin percutian sambil menikmati keindahan alam semulajadi  Inginkan pengalaman merasai ketenangan anugerah alam semulajadi ? Selain berpeluang ke lawatan tempat menarik di Tasik Kenyir . Apa tunggu lagi. JOMMM..Sementara tarik sah harga masih dibuka..





Pakej 2 Resort dari RM 175/Seorang


Inginkan suasanan percutian yang santai ? Ingin berkursus sambil melancong ? Resort Tasik Kenyir yang terbaik . Selain menambah pengalaman baru pengkujung juga boleh menikmati pemandangan tasik dan keunikkan Tasik Kenyir yang tidak akan diperolehi di tempat lain .




Pakej 1 Houseboat Kenyir

 Inginkan percutian terbaik ? Bersama keluarga atau rakan sekerja ? Ayuh ke Tasik Kenyir . Merasai pengalaman baru tidur di dalam Houseboat selain berpeluang berkunjung ke tempat menarik di sana.


Monday 10 August 2015

Sejarah Tasik Kenyir

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Ini merupakan pertama kalinya kami membuat blog . Jadi , andai ada terkurang kami memohon maaf . Yelah , masih dalam proses belajar . Apabila sebut sahaja pasal Tasik Kenyir pasti akan terbayang di fikiran " syurga bagi kaki pacing "  dan " Bandar Bawah Tasik " kan ? 




Tasik Kenyir mendapat namanya dari Sungai Kenyir , iaitu salah satu sungai yang terdapat di tengah-tengah  Terengganu yang terbentuk daripada pembinaan Embangan Jenagor . Ketika pembinaan Stesen Kuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud pada tahun 1985 , limpahan air dari empangan di Terengganu ini telah mengubah puncak gunung dan tanah tinggi menjadi pulau dengan arus jeram dan air terjun .


         Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan melebihi 209 ,199 hektar merupakan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara . Tasik ini merentasi Kelantan dan Pahang turut menjadi laluan alternatif ke destinasi popular iaitu Taman Negara.Sebelum terbentuknya tasik, kawasan ini merupakan sebuah pusat tamadun awal. Gua di sekitar tasik ini, iaitu Batu Tok Bidan dan Gua Bewah, telah menghasilkan penemuan arkeologi penting seperti alat-alat batu dan kapak sejak era Neolitik (kira-kira 10,000 tahun dahulu).


        Apabila kawasan ini ditenggelami air antara tahun 1978 dan 1985 kebanyakan puncak bukit kekal di atas paras air, mewujudkan 340 pulau-pulau buatan manusia. Banyak gua yang belum diterokai, bersama-sama dengan Batu Tok Bidan yang telah mungkin tenggelam semasa terbentuknya Tasik Kenyir. Hanya Gua Bewah dan Gua Taat, iaitu yang masih kekal boleh diakses kepada orang ramai


        Selain itu , Tasik Kenyir dikelilingi 340 lebih gugusan pulau diantaranya Pulau Chergau , Pulau Bayas(KAWASAN BEBAS CUKAI) , Sumas , Jelatang , Batu pipit dan banyak lagi . Kini Tasik Kenyir menjadi " Syurga Alam Semulajadi " kerana di penuhi dengan air terjun yang indah yang didiami oleh beberapa spesis ikan air tawar dan kehidupan liar eksotik . Ini menjadi tarikan utama bagi pencinta alam dan orang yang gemarkan suasana tenang ddan santai .